Friday, January 20, 2012

Orang baling tahi, kau sembur minyak wangi :)


#sila click untuk tumbesaran.

Gambar diatas ni menunjukkan seorang lelaki berbangsa India menepek jari tengah beliau pada kalimah Allah S.W.T. Ok, dekat sini aku nak menyatakan serba sedikit pengetahuan asas aku tentang agama Islam. Tapi aku tak cakap yang aku ni hebatlah tentang agama Islam. Setahu aku dalam Islam ni kita tiada musuh. Tiada pun menyatakan agama-agama lain selain Islam adalah musuh kita. Bukan aku kata aku tak marah dengan apa yang beliau lakukan. Sangat aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Tapi ada kemungkinan dia ni jahil atau dasar memang suka-suka nak bergambar macam ni. Itu tak tahu lah, pendapat aku je. Aku pun tak berani sangat nak cakap besar, sebab isu ni sangat lah sensitif.

Disini ada beberapa isu aku nak ketengahkan. Entahlah, sekarang ni dekat luar tu ramai sangat nak tunjuk hebat, paling ketara sekali kat dalam FACEBOOK ramai gila agamawan-wannabe. Hebat sangat berleter pasal orang ni bertindik, orang ni minum arak, anak dara ni rosak lah. Kau mengaibkan orang. Kau kutuk diaorang, kau tindas mereka. Kau sedar tak perangai tindas menindas ni perangai siapa? Elok sangat ke menindas orang. Hidup ini ibarat roda, sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah. Hari ni kau seronok mengaibkan kelalaian orang lain, hari kelak bila kau lalai orang boleh buat balik kat kau. Itu namanya KARMA. Yakin karma itu berlaku keliling kita.

Point yang sebenarnya aku letak gambar tu kat atas adalah untuk mengambarkan sikap-sikap manusia ni yang golongannya beragama Islam, mereka kutuk lelaki India tersebut. Kalau dia tak respect agama kau, kau respect dia. Mana-mana yang agamawan-wannabe tu pergi cari dia, tanya kenapa dia buat macam tu?. Ini bukan, setakat tunjuk pandai kat FACEBOOK je . Kejap lagi neraka jemput dia? Kau siapa nak main soal nereka atau syurga? Kau Tuhan ke ? Kau ingat ni zaman Ayah Pin ke? Siap boleh hilang kat awan? Boleh jamin lu orang masuk syurga? fakk!

Dulu aku ingat lagi kes-kes macam ni, masa tu aku masih darjah 6. Aku ikut nenek aku pergi surau, kebetulan ada ceramah. Ustaz tu memberi ceramah tentang agama-agama lain ni yang Fuck Islam. Ustaz tu sempoi je, kalau seseorang tu tak suka Islam itu hak dia. Dia nak bakar ke, nak kecing ke. Bala hanya diturunkan oleh Dia yang Maha Adil. Kita tak perlu nak balas balik, cuma menidakkan dalam hati. Kalau kenal siapa dia, pergi cakap baik-baik dengan dia. Sebab itu lah Islam ni agama yang indah, aman.

Terakhir sekali, ini untuk kau bro. Kalau kau nak orang hormat kau, kau hormat orang dulu. Jangan mulakan benda yang kau sendiri tahu apa tindakbalasnya. Aku tahu bangsa dan agama kau mengajar kau supaya hormat agama dan bangsa orang lain. So, do it bro. Keep peace :)

p/s:Mana-mana yang kalian rasa tak betul dalam apa yang aku tulis. Sila komentar :)

Thursday, January 19, 2012

Apa dalam minda anda a.k.a mukabuku

Apa dalam minda aku :

- 1 Malaysia mampu satu kan rakyat, tapi mampukah menyatukan hati?

- Salah satu asset penerimaan rasuah adalah dari segi pembangunan, negara tidak akan maju ke kalau tiada bangunan-bangunan tinggi megah?

- Mampukah semua parti politik bersatu bawah satu komuniti, dan berbincang hak keistimewaan bangsa masing-masing kait isu perkauman?

- Kenapa di Malaysia bila budak-budak atau remaja bila bercerita pasal politik selalu ditindas? Padahal di Indonesia 17 tahun dah boleh bersyarah pasal politik.

Sesetengah persoalan itu aku boleh, adakala aku diam. Pandangan kamu semua di komentar. Love!

Wednesday, January 18, 2012

Hardcore busuk, hardcore wangi?haha

Kali ini entri aku adalah tentang scene hardcore busuk, dengan hardcore wangi. haha. Kelakar juga bila aku nak menulis pasal ni. Masih lagi orang menilai dressing dan lagu. Aku sedar, dalam-dalam aku menulis ni, aku tidaklah stylo macam Oliver Sykes (vox-BMTH), dalam band aku tidak ada unsur elecro seperti band Attack-Attack. Oleh sebab dua ciri ni aku gagal lunaskan, aku sudah dikira budak-2 baru nak up dan poser.

Pertamanya, apa yang kau bawa dalam hardcore? apa yang kau kejarkan dalam band? lirik apa yang sampaikan pada crowd? dan adakah fesyen asset penting dalam scene hardcore? that's all bullshit ! Sebenarnya kau bawa dalam hardcore adalah respon negatif kepada generasi-2 baru berjinak. Mereka taksub, dengan hardcore dari apa yang kau bawa. Mereka kaji lirik-2 korang, tapi sayangnya isi-2 lirik negatif. Jadinya, generasi yang baru berjinak ni sudah terpesong dan memberi tindak balas negatif pada scene. Bro, hardcore itu SATANIC ! haha.

Apa yang kau kejarkan dalam band?Band baru saja main pertama kali di-invite main gig sekali, kali kedua sudah pandai nak demand. A ke C tak jauh pun bro, ada band dari L pun tak gedik minta payment macam kau. Kau kejar nama sampai satu tahap kau boleh buat Fanpage individu dengan harapan ingin melihat gadis-2, teruna-2 diluar meng-like nya. Sampai satu tahap Fanpage kau sudah mencapai tahap 10k, kau dah mula tinggi hidung macam babi. Jalan satu kL dengan megah. Bro, tidak akan ada orang pandang pada orang bongkak macam kau.

Apa lirik yang kau sampaikan ? Kisah cinta kaum Adam dan kaum Hawa? Kisah putus cinta? Kisah kau bencikan kaum-2 sejenis? Kisah nak kutuk-mengutuk? Tak salah bro, kau ceritakan kisah alam semulajadi ke? kisah nak menyatukan semua kaum, semua genre, satu kan yang dah berbelah. Tak kelakar pun kalau kau cerita kisah alam semulajadi dalam lirik kau. Itu akan buat budak-2 ni jadi positif. Lirik pasal politikal ke? Lu jangan heboh nak fuck politik! Manusia ni hidup tak lari dari politik.

Fesyen tu penting ke, kalau nak jadi true hardcore? Buto ! Dalam scene, tiada istilah, orang ni pakai barang BlaBlaBla true hardcore. Pakai skinny, tattoo sana sini, pakai baju tiada lengan, dia lah true hardcore dalam dunia. FUCK OFF ! Baru layan sehari dua dah describe macam-2. Hardcore, Metalcore, Straight Edge dan budak-2 Punk tak sama. Punk is the root, tiada Punk, tiada Hardcore. Rajin-2 tanya orang yang lebih mendalami pasal scene, bukan pandai buat sendiri.

Ini lifestyle paling aku benci dalam scene, kita dah satu scene saling tolong menolong. Tak kisah lah kau asal negeri mana, kulit kau kaler apa? kau agama apa ke? bila dah tolong jangan nak mengungkit atau cerita buruk. Kononnya si A ni menyusahkan kau. Buto ! Kau dah lama dalam scene, benda paling remeh ni kau boleh pandang sebelah mata.

Hardcore punk adalah positif, bukan setakat kau jadi sxe kau dah positif. Attitude, lifestyle kau. Jangan jadi dalang pemecahbelahan manusia.Hardcore is all about Respect, Love and Peace. Straight Edge dah bagus, tapi bila kau sxe kau dah rasa diri kau positif. Then kau keluar lah statement rasis, fasis, homophobic, sexism sebagainya. Sekian ajalah. Hardcore bukan setakat music, ia mengajar kita untuk berfikir luar sistem manusia(typical human).

Wednesday, January 11, 2012

Academy Freedom ( Adam Adli )

Entri kali ni aku nak huraikan sedikit sebanyak apa aku kaji tentang perjuangan Mahasiswa Adam Adli. Bagi aku tindakan beliau benar, kerana apa yang diperjuangkan adalah jelas tentang kebebasan akademik. Najib telah mengumumkan bahawa Auku 15 akan dibimbing. Maksudnya disini, pelajar boleh sertai parti politik, tetapi pelajar tidak boleh bergiat aktif dan tidak boleh pegang jawatan. Buat apa semua ni? Kau seolah-olah memperlekehkan kuasa anak muda. Dalam masa yang sama, kau menindas anak-anak muda.

Disini, pelajar ada hak untuk mengkritik dasar kepemimpinan, memainkan isu politik dan memberi ceramah sebagainya. Ini semua politik. Eh ! Lu lepak kedai makan cerita pasal isu negara dengan kawan-kawan, itu semua politik. Kita hidup tidak boleh lari dari politik. Ini realiti, kita tak perlu pun jadi ahli politik. Point utama demontrasi ini adalah untuk menuntut hak kebebasan pelajar, menunjuk perasaan ketidakpuasan hati pelajar dengan dolak dalih, permainan daripada Najib.

Pada hari berlakunya demontrasi, Dato Saiffudin tampil membentangkan memorendum. Dengan usaha beliau, menyatakan yang kerajaan telah mempersetujui memorendum tersebut. Adam Adli menaikan bendera Academy Freedom atas sebab untuk mengingati hari bersejarah. Hari kemenangan mahasiswa yang memperjuangkan hak-hak pelajar ini.

Apa yang lawak bagi aku adalah, apabila ugutan yang diterima Adam Adli adalah sama sekali macam bangang. Jelas menyatakan dalam Tweeter yang ahli parti politik akan tegas dihalau dan tidak dibenarkan campur tangan. Kerana ini bukanlah demontrasi parti politik. puih! Ludah kat kau balik celaka!

Puncanya kau nak ugut Adam Adli kerana kau tahu yang sebenarnya apa yang dilakukan oleh beliau terang-terang tidak menyalahi undang. Mana ada akta mak kau turun bendara satu kesalahan jenayah. Kau semua takut dengan suara anak muda, kau dibayar untuk memperbodohkan diri kau dengan statement yang tidak logik. Padahal, demontrasi Academy Freedom ni terang-terang tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Secara peribadi, aku nampak yang rakyat Malaysia menghargai pembangunan dan transformasi yang diusahakan oleh pemimpin. Tapi dalam tak sedar, rasuah juga giat aktif. Apabila pembangunan memesat, orang berlumba nak rasuah kerana merebut tender. Itu satu hal. Yang ini pula, hak rakyat. Ada sesiapa minta supaya Menara Kembar KLCC dibina? Kau orang tahu berapa kosnya? Serius, aku tak tahu. Tapi, contohnya kos 15j tapi kos sebenarnya 10j. Mana perginya lagi 5 juta? Mereka claimed dengan pelbagai cara, harga gula naiklah, harga minyak naiklah, harga ayam mak kau naik lah, harga telur apak kau naik lah, harga ikan bini kau naiklah. Itu semua untuk kroni pemimpin lah. Sujud, cium dan jilat kaki dia.

Dalam segi pembangunan kita mungkin boleh menang, dari segi industri lakonan atau muzik kita sudah cipta nama diluar negara tapi tidak juga ada yang pernah memenangi Oscar. Yang paling memalukan, segi pemikiran kau orang(typical Malaysian) jelas mundur dan masih ketinggalan 10 tahun kebelakang kalau nak dibandingkan dengan negara lain. So, apa yang telah dilakukan oleh Adam Adli adalah sangat jelas tepat dan tiada kena mengena dengan ahli parti politik.

source from :
http://www.youtube.com/

http://www.youtube.com/watch?v=2z7ZUIvs5iU&feature=g- hist&context=G2a75243AHTw3_VwABAA

http://www.youtube.com/watch?v=pG-wPxWf8Wg&feature=g-hist&context=G2590348AHTw3_VwAAAA

http://www.youtube.com/watch?v=Xxv3PKSEBgA&feature=g-hist&context=G26a1133AHTw3_VwAEAA

http://www.youtube.com/watch?v=_r9M9_dZU1o&feature=g-hist&context=G2479678AHTw3_VwAGAA

http://www.youtube.com/watch?v=fUQpQTxuW1Y&feature=g-hist&context=G2664e65AHTw3_VwAFAA

Sunday, January 8, 2012

Situasi-situasi lulus ujian undang-undang jalan raya.

Situasi #1

Selesai saja ujian komputer, aku terus mengangkat buntut mongil aku dari kerusi bersama
muka berseri campur senyuman lebar.

Abang office : Lulus dik?

Aku : Lulus bang, cun-2 je lulus. Dapat 42 bang.

Abang office : ok, kau tulis waktu keluar kau dan scan cop jari kau.

Aku : Ok bang, tak sabar nak tengok result ni.

Abang office : Eh dik ! Kau bukan dapat 42, tapi 44. HAHA. Kau pergi bagi result kau kat kaunter depan.

Aku : Ok bang, terima kasih yaa (senyum).

Situasi #2


Akak kaunter : Asal senyum? Gagal lagi ke?

Aku : tak kak, hari saya lulus 44. hehe.

Akak kaunter : Tak caya lah, boleh percaya ke?

Aku : betul lah kak, haha.

Akak kaunter : OK! Hari rabu kau datang untuk ceramah pra L motor dan sabtu kau datang untuk ceramah kereta. Lepas tu, kau bayar duit lesen RM680 ( full payment ).

Aku : ok kak. terima kasih yaa ( senyum gila lebar ).

p/s : aku dah gagal 2 kali ujian undang-undang ni. haha.

Friday, January 6, 2012

Kau rasis kau nafikan.

Persidangan UMNO 2011 yang macam sial lagi pukimak membuat pelanggan dikedai warong tergelak terbahak-bahak seperti melihat Najib bogel depan kamera.
Kau akui parti kau bukan rasis, dalam masa yang sama kau kutuk-kutuk parti lain. Apakah maksud UMNO? Mari kita ungkit kisah 13 MEI, tentang rusuhan tahun 1969.
Khabar angin mengatakan pembangkang adalah dalang-dalang berlakunya rusuhan. Sebenarnya UMNO, kerana UMON tidak boleh terima kenyataan yang DAP ketika itu telah memenang pilihan raya. UMNO adalah punca rusuhan dan ia dirancang oleh segelintir dari pihak UMNO atas tujuan untuk membalas dendam terhadap pembangkang. Ketika itu Najib amat berkuasa, polis menurut saja kata beliau. Ketika rusuhan, dilaporkan polis melepas tembakan secara membuta terhadap kedai-kedai kaum Cina. Bilangan kematian paling ramai berpihak kepada kaum Cina dan penganas penganas majoriti dari kaum Melayu. Kau masih berani membuka soal perkauman. Apabila semua terbongkar, untuk menutup malu sendiri, kau tuduh parti lain. Ah ! Kau memang bangsat! Jadi masih kau mahu bermain kata. Itu bukan rasis kah? Mahukan kuasa, sampai berdendam,provokasi sana sini. Jatuhkan bangsa lain, padahal kecuaian diri sendiri, sendiri fikirlah. Sekarang kau buat pula slogan 1 Malaysia, boleh tak kau ubah cara pemikiran rakyat kau terhadap kaum lain? Kau boleh cakap kau tak rasis, kau tolong bangsa ni, bangsa tu. Tapi boleh kau ubah, biar bangsa-bangsa lain menghormati sesama sendiri tanpa hati yang berbicara. Boleh? Jadi buat dahulu sebelum berkata. Tukar saja lah slogan kau bangsat, geli pula aku dengar. Slogan seterusnya biar cun sikit. KAMI CAKAP KAMI BUAT. Comel sikit.



Rujukan dari buku 13 MEI
'Dokumen-dokumen deklasifikasi tentang rusuhan 1969 Malaysia'
Penulisan dari Dr Kua Kia Soong.
Beliau yang mengasaskan SUARAM ( Suara Rakyat Malaysia )

p/s: sesiapa yang meragui penulisan aku ni, boleh merujuk kepada buku 13 MEI kulit merah.

Kau bodoh bila bersuara.

Kala aku terfikir, apakah sebenarnya puki ni lakukan pada rakyatnya ?

Eh sial! Kami rakyat perlu pemimpin, perlu contoh depan mata.
Memang inikah cara kau memimpin?

Adik-adik aku sudah mula tanam sifat perkauman yang dicontohi
oleh kau yang kononnya seorang ahli politik yang berjaya.
Tapi hakikatnya kau memang lahanat.
Jangan kau nafikan lagi sial. Kau rasis!

Kau hanya pandai bermadah, hebat kau berkata-kata, kau jatuhkan orang sana sini.
Kau jatuhkan parti itu, kau hina parti ini. Parti yang kau pegang ni paling suci.

Pantat!

Rakyat kau semua ni besi karat, kau saja lah cahaya.
Tapi pernah tak kau terfikir dari mana rakyat kau jumpa sifat memberontak?
Ia datang dari cara kau memimpin.
Pemimpin yang macam sial lagi lahanat.
Jangan kau berani bermain tahi dengan rakyat kau,
kami bukan lah sebodoh yang kau sangkakan.

Bermain dengan mancis umpama mencari nahas sendiri.
Jangan hanya tahu menyalahkan orang, menindas orang.

Puisi Looser.

Rokok sebatang membara,
disedut puntung asap ditapis,
dengan hati pasrah menghembus asap ke udara,
dibawa angin.

Rokok makin pendek,
abunya memanjang,

Aku seorang yang baran,
dikecewakan oleh sipendendam,
dengan api kemarahan aku menjerit SIAL,
terus memecah kesunyian.

Sajak untuk sahabat.

Jalan kosong gelap gelita,
aku berjalan tanpa cahaya,
mampukah aku terus berjalan?
beranikah aku?

Wahai sahabat,
minta aku, kau pimpini tangan aku.

Wahai sahabat,
engkaulah hempedu kau jugalah madu,
tiada aku kisah jika tertelan sedikit hempedu,
kerana kau tegukkan aku segelen madu.

Oh! sahabat,
kita perjuangkan satu,
kita proteskan satu,
kita membunuh atas satu,
nilai yang tiada berharga,
iaitu PERSAHABATAN.

Persetankan mulut-mulut lobang keramat,
tiada tangan mampu memecahbelahkan kita,
tiada senjata mampu hapuskan kita,
kita bersatu, menjadi tembok persahabatan.

p/s: aku mati tanpa kalian.