Friday, January 20, 2012

Orang baling tahi, kau sembur minyak wangi :)


#sila click untuk tumbesaran.

Gambar diatas ni menunjukkan seorang lelaki berbangsa India menepek jari tengah beliau pada kalimah Allah S.W.T. Ok, dekat sini aku nak menyatakan serba sedikit pengetahuan asas aku tentang agama Islam. Tapi aku tak cakap yang aku ni hebatlah tentang agama Islam. Setahu aku dalam Islam ni kita tiada musuh. Tiada pun menyatakan agama-agama lain selain Islam adalah musuh kita. Bukan aku kata aku tak marah dengan apa yang beliau lakukan. Sangat aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Tapi ada kemungkinan dia ni jahil atau dasar memang suka-suka nak bergambar macam ni. Itu tak tahu lah, pendapat aku je. Aku pun tak berani sangat nak cakap besar, sebab isu ni sangat lah sensitif.

Disini ada beberapa isu aku nak ketengahkan. Entahlah, sekarang ni dekat luar tu ramai sangat nak tunjuk hebat, paling ketara sekali kat dalam FACEBOOK ramai gila agamawan-wannabe. Hebat sangat berleter pasal orang ni bertindik, orang ni minum arak, anak dara ni rosak lah. Kau mengaibkan orang. Kau kutuk diaorang, kau tindas mereka. Kau sedar tak perangai tindas menindas ni perangai siapa? Elok sangat ke menindas orang. Hidup ini ibarat roda, sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah. Hari ni kau seronok mengaibkan kelalaian orang lain, hari kelak bila kau lalai orang boleh buat balik kat kau. Itu namanya KARMA. Yakin karma itu berlaku keliling kita.

Point yang sebenarnya aku letak gambar tu kat atas adalah untuk mengambarkan sikap-sikap manusia ni yang golongannya beragama Islam, mereka kutuk lelaki India tersebut. Kalau dia tak respect agama kau, kau respect dia. Mana-mana yang agamawan-wannabe tu pergi cari dia, tanya kenapa dia buat macam tu?. Ini bukan, setakat tunjuk pandai kat FACEBOOK je . Kejap lagi neraka jemput dia? Kau siapa nak main soal nereka atau syurga? Kau Tuhan ke ? Kau ingat ni zaman Ayah Pin ke? Siap boleh hilang kat awan? Boleh jamin lu orang masuk syurga? fakk!

Dulu aku ingat lagi kes-kes macam ni, masa tu aku masih darjah 6. Aku ikut nenek aku pergi surau, kebetulan ada ceramah. Ustaz tu memberi ceramah tentang agama-agama lain ni yang Fuck Islam. Ustaz tu sempoi je, kalau seseorang tu tak suka Islam itu hak dia. Dia nak bakar ke, nak kecing ke. Bala hanya diturunkan oleh Dia yang Maha Adil. Kita tak perlu nak balas balik, cuma menidakkan dalam hati. Kalau kenal siapa dia, pergi cakap baik-baik dengan dia. Sebab itu lah Islam ni agama yang indah, aman.

Terakhir sekali, ini untuk kau bro. Kalau kau nak orang hormat kau, kau hormat orang dulu. Jangan mulakan benda yang kau sendiri tahu apa tindakbalasnya. Aku tahu bangsa dan agama kau mengajar kau supaya hormat agama dan bangsa orang lain. So, do it bro. Keep peace :)

p/s:Mana-mana yang kalian rasa tak betul dalam apa yang aku tulis. Sila komentar :)

1 comment:

  1. aku rasa kau tak perlu takut lagi nak tulis pandangan kau..

    ReplyDelete