Monday, March 26, 2012

Make Love

Salam sejahtera!

Lama juga aku tak meng-post suara-suara ketidakpuasan kat sini. Mungkin aku dah tiada ayat, sebab sel-sel otak aku dah jarang "make love". Mana tak, aku ni asyik tidur je. HAHA. Tetiba pagi ni aku betul rasa tidak puas hati dengan tindakkan berberapa orang yang tanpa alasan telah bertindak ganas terhadap sahabat aku. Ya, dia perempuan dan mungkin kalian tidak puas hati dengan dia sebab dia boleh dualangkah(2step). MUNGKINLAH. Rasanya tidak kott, mungkin ada sebab lain. haha.

Senang cerita begini, tak kisah lah kau ni Skin Head ke, Punk ke, Metal ke, HCPUNK ke, sXe ke, bila dalam gig kalian semua kena respect lah yang lain. Ye, music ini universal. Tak kisah kau nak berpogo time band HCPUNK tengah perfom. Bila didalam moshpit kalian akan nampak mosher-mosher dualangkah(2step) jadi respect mereka. Tak kisah lah lelaki atau perempuan.

Aku kenal macam-macam orang, aku rapat dengan beragam manusia dan berlain idealogi. Tapi mereka boleh respect kita, kita pandai lah respect mereka balik. Kalau manusia macam kalian yang tak reti nak respect orang, sila belajar respect sebab disitu, kita bersatu kita teguh. Bila kalian tak boleh nak respect orang, jangan mengharapkan orang lain nak respect kalian semua.

Aku bercakap bukan untuk kalian, aku bercakap untuk diri aku juga. Sama-sama kita memperbaiki diri. Aku percaya takkan ada manusia yang sempurna. Tapi sekurang, kurangnya kita tahu apa yang basic dalam hidup kita. RESPECT !

*sorry kalau ada yang terasa dengan kata kata aku, kita boleh bawa berbincang dengan aman. Aku manusia juga apa? PEACE*

No comments:

Post a Comment