Tuesday, November 22, 2011

Nationalism.

Seperti aku lihat terlampau banyak provokasi tentang pembakaran bendera-2 negara. Hal ini berlaku apabila setiap kali perlawanan bola sepak. Huh! Mengarut gila! Kenapa harus berbuat demikian? Contohnya, apabila perlawanan bola sepak akhir antara Malaysia dengan Indonesia. Sehari sebelum perlawanan tersebut, sudah banyak gambar-2 tentang warga Indonesia membakar bendera Malaysia. Sebenarnya, bukan semua warga Indonesia yang berbuat demikian. Hanya segelintir dari mereka, bilangan yang masih boleh dikira. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya gunakan hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara, dan yang terpelajar sila gunakan hak miranda. Tidak perlu menunjuk perasaan tidak puas hati dengan mengulangi perbuatan meraka. Bukankah tindakan tersebut bodoh. Jangan kita sama ikut bodoh, buruk jadinya. Aku difahamkan perbuatan tersebut untuk menunjukkan yang rakyat Malaysia berani melawan. Bagi aku, perbuatan tersebut ketara menunjukkan rakyat Malaysia bodoh, bodoh, bangsat dan bersifat perkauman. Orang baling tahi, kita baling bunga. Nanti lama-2 mereka akan terasa.

*di sini saya berkesempatan memohon maaf kepada sahabat-2 yang menyokong pasukan Indonesia. Takziah kepada kepada dua orang penyokong Indonesia yang mati ketika perlawanan tersebut. Kepada pasukan bola sepak Malaysia, tahniah. Perlawanan hari itu sengit. Tahniah kepada pasukan-2 lain juga. Bangkit dan bersatu !

No comments:

Post a Comment