Saturday, November 26, 2011

Tiada yang lebih indah dari masalah.

Kita hidup hanya menyedari kedatangan masalah yang kita rasa membebani hidup kita.
Matlamat hidup kita hanya mahukan rasa gembira, senang dan kita tak tahu yang sebenarnya
masalah yang kita anggap beban itu ada 80% akan memberikan kita rasa gembira dan senang.

Ini kisah teman ku yang namanya dirahsiakan, dia terlalu memikirkan masalahnya menyebabkan dia hampir tidak boleh memikirkan masa depan, dan dirinya sendiri.
Masalah ini boleh diselesaikan jika kita hanya berfikir untuk masa yang singkat. Contoh kita ambil masa 15minit, kita tenang dan terus ke titik permulaan masalah kita. Haruslah ada "pendahuluan" kemudiannya isi-isi penting. Seterusnya "penutup". Jangan tekankan diri memikir masalah terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan otak kita serabut, dan dari situ lah kita menganggap masalah itu beban.

Sebenarnya, masalah adalah cara Tuhan untuk membimbing hambanya menjadi lebih maju. Kita cuma tidak tenang bila ditimpa dugaan.. Cuba tenang seketika, donggakkan kepala ke langit dan lihat bintang-2 dan bulan. Cuba kita tenang seketika dan fikirkan tujuan sebenar kita lahir dimuka bumi ini. Kita dikurniakan akal, pengelihatan, fizikal dan rasa. Alhamdulillah. Kita masih sempurna. Kalau kita lihat, orang-2 yang cacat pengelihatan, cacat fizikal, ada yang tidak waras dan tak mampu merasa masam manis atas dunia ini. Tetapi, dengan hati yang tabah, mereka teruskan hidup demi Allah S.W.T. Oleh itu, sesiapa yang lari dari masalah, adalah manusia yang amat rugi.


*I heart my attitude problems

* Syafi'e Yusran aka Vox RedBullet ( kehilangan keupayaan fizikal )

* Nur Azureen aka Eyn ( life problems )

Teruskan berjuang sahabat..

No comments:

Post a Comment