Tuesday, November 22, 2011

Dosa melarat.

Andai kata, kita ternampak satu pasangan melakukan maksiat depan mata kita tanpa mereka sedari. Lepas itu, kita rakam perbuatan itu dari mula, sampailah habis adegan panas itu. Selesai satu hal, kita upload pula dekat internet untuk tayangan ramai, kita mencaci, hina, maki mereka. Tak cukup seorang, share kat teman-teman lain. Ajak mereka join mencaci, hina, maki pasangan tadi. Jadilah maki beramai-ramai.

Andai kata, pasangan tadi telah berubah, dan memohon kemaafan dari Allah dan betul-betul mahu bertaubat kerana Allah bukan kerana dihina. Taubat Insyaallah diterima Allah, selesai satu hal.

Dosa kita pula? sedar tak sedar dosa kita sebenarnya dengan pasangan tadi. Dalam masa yang sama, kita menangung dosa teman-teman yang kita invite untuk menghina pasangan tadi.

1 comment:

  1. Para agama-wan wannabe merata-rata.

    Ubah?

    Takdak pun. so senyum sinis aje.

    ReplyDelete