Sunday, January 8, 2012

Situasi-situasi lulus ujian undang-undang jalan raya.

Situasi #1

Selesai saja ujian komputer, aku terus mengangkat buntut mongil aku dari kerusi bersama
muka berseri campur senyuman lebar.

Abang office : Lulus dik?

Aku : Lulus bang, cun-2 je lulus. Dapat 42 bang.

Abang office : ok, kau tulis waktu keluar kau dan scan cop jari kau.

Aku : Ok bang, tak sabar nak tengok result ni.

Abang office : Eh dik ! Kau bukan dapat 42, tapi 44. HAHA. Kau pergi bagi result kau kat kaunter depan.

Aku : Ok bang, terima kasih yaa (senyum).

Situasi #2


Akak kaunter : Asal senyum? Gagal lagi ke?

Aku : tak kak, hari saya lulus 44. hehe.

Akak kaunter : Tak caya lah, boleh percaya ke?

Aku : betul lah kak, haha.

Akak kaunter : OK! Hari rabu kau datang untuk ceramah pra L motor dan sabtu kau datang untuk ceramah kereta. Lepas tu, kau bayar duit lesen RM680 ( full payment ).

Aku : ok kak. terima kasih yaa ( senyum gila lebar ).

p/s : aku dah gagal 2 kali ujian undang-undang ni. haha.

2 comments:

  1. Eh dush . Dah ada Lesen eh . Wahhh boleh lah bawak jalan2 nih . Urmm Jum lah melaka2 . Hahahaha . :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit perut pergi melaka.. Bosan.

      Delete