Wednesday, January 18, 2012

Hardcore busuk, hardcore wangi?haha

Kali ini entri aku adalah tentang scene hardcore busuk, dengan hardcore wangi. haha. Kelakar juga bila aku nak menulis pasal ni. Masih lagi orang menilai dressing dan lagu. Aku sedar, dalam-dalam aku menulis ni, aku tidaklah stylo macam Oliver Sykes (vox-BMTH), dalam band aku tidak ada unsur elecro seperti band Attack-Attack. Oleh sebab dua ciri ni aku gagal lunaskan, aku sudah dikira budak-2 baru nak up dan poser.

Pertamanya, apa yang kau bawa dalam hardcore? apa yang kau kejarkan dalam band? lirik apa yang sampaikan pada crowd? dan adakah fesyen asset penting dalam scene hardcore? that's all bullshit ! Sebenarnya kau bawa dalam hardcore adalah respon negatif kepada generasi-2 baru berjinak. Mereka taksub, dengan hardcore dari apa yang kau bawa. Mereka kaji lirik-2 korang, tapi sayangnya isi-2 lirik negatif. Jadinya, generasi yang baru berjinak ni sudah terpesong dan memberi tindak balas negatif pada scene. Bro, hardcore itu SATANIC ! haha.

Apa yang kau kejarkan dalam band?Band baru saja main pertama kali di-invite main gig sekali, kali kedua sudah pandai nak demand. A ke C tak jauh pun bro, ada band dari L pun tak gedik minta payment macam kau. Kau kejar nama sampai satu tahap kau boleh buat Fanpage individu dengan harapan ingin melihat gadis-2, teruna-2 diluar meng-like nya. Sampai satu tahap Fanpage kau sudah mencapai tahap 10k, kau dah mula tinggi hidung macam babi. Jalan satu kL dengan megah. Bro, tidak akan ada orang pandang pada orang bongkak macam kau.

Apa lirik yang kau sampaikan ? Kisah cinta kaum Adam dan kaum Hawa? Kisah putus cinta? Kisah kau bencikan kaum-2 sejenis? Kisah nak kutuk-mengutuk? Tak salah bro, kau ceritakan kisah alam semulajadi ke? kisah nak menyatukan semua kaum, semua genre, satu kan yang dah berbelah. Tak kelakar pun kalau kau cerita kisah alam semulajadi dalam lirik kau. Itu akan buat budak-2 ni jadi positif. Lirik pasal politikal ke? Lu jangan heboh nak fuck politik! Manusia ni hidup tak lari dari politik.

Fesyen tu penting ke, kalau nak jadi true hardcore? Buto ! Dalam scene, tiada istilah, orang ni pakai barang BlaBlaBla true hardcore. Pakai skinny, tattoo sana sini, pakai baju tiada lengan, dia lah true hardcore dalam dunia. FUCK OFF ! Baru layan sehari dua dah describe macam-2. Hardcore, Metalcore, Straight Edge dan budak-2 Punk tak sama. Punk is the root, tiada Punk, tiada Hardcore. Rajin-2 tanya orang yang lebih mendalami pasal scene, bukan pandai buat sendiri.

Ini lifestyle paling aku benci dalam scene, kita dah satu scene saling tolong menolong. Tak kisah lah kau asal negeri mana, kulit kau kaler apa? kau agama apa ke? bila dah tolong jangan nak mengungkit atau cerita buruk. Kononnya si A ni menyusahkan kau. Buto ! Kau dah lama dalam scene, benda paling remeh ni kau boleh pandang sebelah mata.

Hardcore punk adalah positif, bukan setakat kau jadi sxe kau dah positif. Attitude, lifestyle kau. Jangan jadi dalang pemecahbelahan manusia.Hardcore is all about Respect, Love and Peace. Straight Edge dah bagus, tapi bila kau sxe kau dah rasa diri kau positif. Then kau keluar lah statement rasis, fasis, homophobic, sexism sebagainya. Sekian ajalah. Hardcore bukan setakat music, ia mengajar kita untuk berfikir luar sistem manusia(typical human).

4 comments:

  1. *clap clap clap*


    hc/punk sekarang ada apa? bila semorang memandang pada fashion dan juga fame. passion itu sementara. bila cukup masa, pergi.

    *hati hati anda sedang diperhatikan* - quote yg telah dibiasakan oleh diri sendiri bila mana ada cerita cerita atau gosip gosip liar dlm scene tu sendiri.

    hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. susah nak ramal. Sekarang ni scene hc/punk jadi tarikan budak-2 macam saya. Saya pun dulu lagi teruk, apa yang saya tulis ni saya lalui. Dan sekarang bila dah faham, apa yang saya nampak kat luar tu saya menilai.

    ReplyDelete
  3. yes scene susah nak predict, cause masing masing punya pendapat. citarasa dan juga ideologi tersendiri.

    aaa saya juga mula drpd bawah, masih bodoh bodoh alang.

    belajar. itu saja yg perlu :)

    ReplyDelete
  4. yup, belajar. Bukan kata nak taksub bila nak kaji pasal hcpunk ni. Tapi lebih bagus bila tahu dan paham. Elok yang ada band, time muda boleh main band kalau rasa nak resign dari band. Apa yang positif dalam hcpunk ni kita bawa dalam diri kita. Elok kat tempat kerja atau dengan orang-2 sekeliling. Tak gitu kak kc?

    ReplyDelete